Friday, May 16, 2014
convocation UKM 2013
setelah 3 tahun bertungkus lumus di bumi UKM akhirnya aku telah berjaya menamatkan pengajianku.. dan sekarang aku menyambung pengajian di peringkat sarjana pula!! ><,... pada mulanya excited tp lama-lama terasa kepayahannya berbanding dengan masa degree dulu.. dan memori tentang kalian semua kembali semula.. :(
Thursday, November 28, 2013
HELLO WORLD!!
assalamualaikum kawan-kawan semua.. sudah lama blog ini menyepi.. kesibukan tugasan harian menghalangku daripada meluangkan masa untuk mencoret story di sini.. alhamdulillah sekarang aku telah bergelar 'siswazah' dan akan menghabiskan pelajaranku pada tahun hadapan. macam-macam perkara aku belajar sepanjang pengajian siswazahku di UKM bermula kerana ianya menuntut aku berdikari tanpa mengharapkan bantuan org lain apatah lagi insan yang dulu bersamaku sewaktu 'degree' sekarang masing2 mengikut haluan hidup.
kadang-kadang terasa diri ini sangat lemah dan ingin saja aku pulang ke rumah namun mengenangkan usaha penat lelah ibu bapa dan keluargaku yg jauh lagi letih dan penat daripadaku dlm mencari rezki membuatkan aku menelan semuanya dengan senyuman. sekarang, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. ^^, semoga kalian juga berjaya dalam hidup masing dan doakan aku juga berjaya.. love u olz.. :)
Thursday, August 2, 2012
RESEPI PUDING GULA HANGUS SIMPLE
1) SETENGAH CAWAN GULA
2) 10 BIJI TELUR
3) SETENGAH CAMCA KECIL ESEN VANILLA
4) SETENGAH TIN SUSU PEKAT
LANGKAH-LANGKAH
1) PERTAMA SEKALI CAIRKAN GULA DI ATAS API (KECIL) SEHINGGA CAIR KEKUNINGAN. BIARKAN GULA TERSEBUT MENGERAS.
2) KEMUDIAN PUKUL TELUR BERSAMA DENGAN ESEN VANILLA DAN SUSU PEKAT SEHINGGA SEBATI. (JANGAN PUKUL TERLALU LAMA)
3) TUANG ACUAN TELUR TADI KE ATAS GULA HANGUS YANG SUDAH KERAS.
4) KUKUS SELAMA 30-40 MINIT.
AKHIRNYA, HIDANG!! SELAMAT MENCUBA SEMUA. ^^,
Sunday, January 8, 2012

ini adalah hasil tanganku.. walaupun xberapa kemas seperti pelukis anime yg lain pun xpelah.. hehe aku hadiahkan buat sahabat-sahabat yang sedang menduduki exam last semester sekarang ni.. semoga berjaya semua.. ^^
Friday, October 28, 2011
cara mudah buat KEK BATIK ^^

di sini ada cara senang untuk menyediakan kek batik.. mudah dan cepat..
BAHAN :
- 250g butter
- 1 1/2 cawan susu pekat
- 5 sudu milo (kalau anda penggemar coffee, anda boleh tambahkan 1 camca coffee)
- 4 biji telur
- 1 paket biskut marie yang telah dipatahkan 2 @ 4 (ikut citarasa anda)
- cairkan butter dengan api sederhana.
- masukkan telur.
- kemudian tuangkan susu ke dalam campuran di atas seterusnya masukkan milo.
- pastikan campuran sebati kemudian tutup api.
- tuang campuran ke dalam bekas @ loyang.
- masukkan biskut marie dan tekan kuat - kuat biar padat.
- simpan dalam peti ais sehingga keras.
- sedia dihidang.
SESUAI DIHIDANGKAN PADA MUSIM PERAYAAN DAN BILA-BILA MASA ANDA TERASA INGIN MEMAKANNYA..
SELAMAT MENCUBA ^^
SELAMAT MENCUBA ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)

