Sunday, January 21, 2018

Master Convocation


Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera ke atas kalian semua yang membaca blog ini. Tarikh 31 Oktober 2017 merupakan hari konokesyen kedua aku sebagai pelajar UKM. Ehhhh silap. Mantan pelajar UKM. haha.. Pada bulan Oktober 2014 (tak ingat berapa haribulan. haha) aku telah selamat menerima Ijazah Degree dan sekarang aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah Master pulak. Juga dalam bidang yang sama iaitu Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Cuma ada sedikit perbezaan pada hari konvokesyen aku kali ni. insan tercinta bergelar 'mak' sudah tiada di sisi untuk turut sama senyum gembira atas kejayaanku. Beliau telah pergi menghadap Allah Maha Pengasih pada hari Khamis 25 Mei 2017 sehari sebelum puasa. (puasa sabtu). Tiada lagi seorang manusia yang sentiasa memberikan aku semangat di kala aku 'down', memberikan nasihat di kala aku 'konfius', mengajarku masak, menegur kesalahanku dan sebagainya. Aku doakan arwah 'mak' tercinta ditempatkan dalam kalangan ahli syurga Allah, bebas daripada siksa kubur dan fitnahnya, dipakaikan pakaian yang indah bertatahkan intan permata dan bersatu dengan ahli keluarganya di syurga Allah Taala. Insyaallah..

Namun begitu, aku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah yang setia, yang sentiasa ada di sisi. Dialah peneman di hari konvokesyenku itu. Dan akulah peneman dia di hari-hari tuanya. Menemaninya makan, bersembang walaupun aku tak tau apa nak sembang, usaha jugak untuk cari modal nak sembang, teman dia makan even aku mata dah ngantok (ayah suka makan malam), teman dia tengok TV. Hanya itu saja yang aku boleh lakukan untuknya. Insyaallah akan ku jaga dia sebaik mungkin.

Jadi itulah cerita aku sewaktu hari bersejarah dalam hidup aku. Makanya.. sementara orang tua kita masih ada, moh ler kita jadikan mereka raja, usaha untuk bahagiakan mereka, bantu mereka semampu boleh. Insyaallah..