Sunday, April 8, 2018


Nutox Product 

Assalamualaikum uolls semua? apa khabar hari ni? Cikbulan harap semua sihat wal afiat yeee... insyaallah.. Okey.. soo... kali ni Cikbulan nak share dengan korangs semua pasal produk kat atas tu haaa... sape kenal Nutox? Sape pakai si Nutox ni? cer angkat tangan siket... hehe.. mesti uolls terfikir, Cikbulan ni agent Nutox ke? NO NO NO NO NO.... A VERY BIG NO.. haha.. Cikbulan ni baru je pakai Nutox ni bulan 2 tahun ni. Kenapa start pakai Nutox ni? haaa ni la Cikbulan nak share ni..

Cerita dia cenggini.. masa bulan 2 ritu, Cikbulan decided utk balik keje kat kampung. Yes, for good! means forever nak duduk kampung. Kalau uolls tertanya2 kenapa? Ada ler Cikbulan share pasai tu kat post yang sebelum ni. Kalo rajin baca yaaaaaaa... 😁 .. Okey back to our main story.. Cikbulan start Nutox ni dengan pakai dia punya Moisturizer Lotion. (takde dlm gambar tu since that picture Cikbulan took from google..haha).. Awalnya, kulit muka Cikbulan bila dok kampung awal bulan 2 ritu mula menggelupas dengan terokss sekali. Sampaikan nak makan dengan kawan2 pun segan sebab nampak sangat kat muka Cikbulan kulit2 kering. So Cikbulan google apa punca jadi gitu.. Oh btw, sebelum Cikbulan guna Good Virtues Products which are very good with their natural black seed (habbatus sauda) abstract. Dah masuk tahun ke-2 Cikbulan guna GV product (shower gel, cleansing foam, toner, body lotion). Tapi bila stay kat kampung muka Cikbulan mula menunjukkan tindak balas negatif ( i believe it was because of the weather which is very very hot in my hometown). 

Sooo Cikbulan pun google la apa puncanya kan.. and Mr.Google said that the reaction i'm having right now because of the lack of moisturizer known as 'dry skin problem'. Then, Cikbulan cari la pulak punca-punca terjadinya dry skin ni. Sebab sebelom ni Cikbulan xpenah lagi ada masalah 'dry skin'. 'Oily skin' adalah kan..

Dipendekkan cerita,  faktor kulit kering adalah kerana kurangnya agent pelembab dalam kulit. so cara mengatasinya adalah seperti berikut : 
1) Banyakkan makan sayuran kekacang.
2) Kurangkan minuman berkafein.
3) Banyakkan minum susu putih. (susu segar ya)
4) Kurangkan stress.
5) GUNA PELEMBAB. 

Cikbulan besarkan cara no.5 tu sebab yang tulah Cikbulan buat dulu sebelom cuba cara yang lain tu. Sooo Cikbulan pun gigihla pegi Watson cari pelembab. Satu2 produk Cikbulan baca dia punya ingredients.. kebanyakannya ada PARABEN, PEWANGI TIRUAN, ALCOHOL. Benda2 alah tu tak bagus untuk kulit kita tau uolls. So last sekali jumpalah pelembab Nutox. Masa tu tengah2 bulan kan.. gaji lambat lagi. Tengok harga RM40 lebih.. Istikharah kejap kat Watson tu hampir sejam dalam tu.. Last sekali beli la jugak. Kerana terpaksa ku relakan. Haaaa gitteww.. So eksaited la balik pakai. Tu la produk pertama Nutox yang Cikbulan pakai. Dalam masa 2 minggu pertama kulit menggelupas dah kurang.. tp tak puas hati sebab ada lagi part2 yang degil xnak hilang kulit kering tu. Sooo.. Cikbulan beli la pulak Serum Nutox. Masa tu ada sale so harganya RM50 lebih gitula.. harga asal RM80 kot lupa. Lepas pakai Serum tu, Cikbulan nampak la perubahan dan merasainya. Mulanya bulan pertama pakai Serum tu 2 kali sehari.. bila masuk bulan ke-2, Cikbulan pakai waktu malam je Serum tu. Siang hari pakai Moisturizer dengan CC Cream je.  Kulit kering dah takde. Muka rasa lembab je. Alhamdulillah Huuhuu.. 

Lepas tu, tambah lagi koleksi Nutox (Cleansing Gel, CC Cream). So sekarang ni Cikbulan pakai Cleansing Gel - Serum - Moisturizer - CC Cream. InsyaAllah toner nya coming soon. Anyway, produk yang Cikbulan guna ni utk masalah DRY SKIN ya. Utk OILY SKIN kena guna produk Nutox yang lain ya. Of course tak lupa, Cikbulan jaga pemakanan seperti yang Cikbulan bagitau kat atas tu ya. Okeylah. Dah penat baca kan.. makanya Cikbulan meminta diri dulu. Bagi siapa nak cuba, silakan. Yang penting ketahui dulu masalah kulit kita, then barulah pilih produk okey. Hatta nantaqil. Adios... 

Assalamualaikum.. 😍😍