Sunday, April 8, 2018


Nutox Product 

Assalamualaikum uolls semua? apa khabar hari ni? Cikbulan harap semua sihat wal afiat yeee... insyaallah.. Okey.. soo... kali ni Cikbulan nak share dengan korangs semua pasal produk kat atas tu haaa... sape kenal Nutox? Sape pakai si Nutox ni? cer angkat tangan siket... hehe.. mesti uolls terfikir, Cikbulan ni agent Nutox ke? NO NO NO NO NO.... A VERY BIG NO.. haha.. Cikbulan ni baru je pakai Nutox ni bulan 2 tahun ni. Kenapa start pakai Nutox ni? haaa ni la Cikbulan nak share ni..

Cerita dia cenggini.. masa bulan 2 ritu, Cikbulan decided utk balik keje kat kampung. Yes, for good! means forever nak duduk kampung. Kalau uolls tertanya2 kenapa? Ada ler Cikbulan share pasai tu kat post yang sebelum ni. Kalo rajin baca yaaaaaaa... 😁 .. Okey back to our main story.. Cikbulan start Nutox ni dengan pakai dia punya Moisturizer Lotion. (takde dlm gambar tu since that picture Cikbulan took from google..haha).. Awalnya, kulit muka Cikbulan bila dok kampung awal bulan 2 ritu mula menggelupas dengan terokss sekali. Sampaikan nak makan dengan kawan2 pun segan sebab nampak sangat kat muka Cikbulan kulit2 kering. So Cikbulan google apa punca jadi gitu.. Oh btw, sebelum Cikbulan guna Good Virtues Products which are very good with their natural black seed (habbatus sauda) abstract. Dah masuk tahun ke-2 Cikbulan guna GV product (shower gel, cleansing foam, toner, body lotion). Tapi bila stay kat kampung muka Cikbulan mula menunjukkan tindak balas negatif ( i believe it was because of the weather which is very very hot in my hometown). 

Sooo Cikbulan pun google la apa puncanya kan.. and Mr.Google said that the reaction i'm having right now because of the lack of moisturizer known as 'dry skin problem'. Then, Cikbulan cari la pulak punca-punca terjadinya dry skin ni. Sebab sebelom ni Cikbulan xpenah lagi ada masalah 'dry skin'. 'Oily skin' adalah kan..

Dipendekkan cerita,  faktor kulit kering adalah kerana kurangnya agent pelembab dalam kulit. so cara mengatasinya adalah seperti berikut : 
1) Banyakkan makan sayuran kekacang.
2) Kurangkan minuman berkafein.
3) Banyakkan minum susu putih. (susu segar ya)
4) Kurangkan stress.
5) GUNA PELEMBAB. 

Cikbulan besarkan cara no.5 tu sebab yang tulah Cikbulan buat dulu sebelom cuba cara yang lain tu. Sooo Cikbulan pun gigihla pegi Watson cari pelembab. Satu2 produk Cikbulan baca dia punya ingredients.. kebanyakannya ada PARABEN, PEWANGI TIRUAN, ALCOHOL. Benda2 alah tu tak bagus untuk kulit kita tau uolls. So last sekali jumpalah pelembab Nutox. Masa tu tengah2 bulan kan.. gaji lambat lagi. Tengok harga RM40 lebih.. Istikharah kejap kat Watson tu hampir sejam dalam tu.. Last sekali beli la jugak. Kerana terpaksa ku relakan. Haaaa gitteww.. So eksaited la balik pakai. Tu la produk pertama Nutox yang Cikbulan pakai. Dalam masa 2 minggu pertama kulit menggelupas dah kurang.. tp tak puas hati sebab ada lagi part2 yang degil xnak hilang kulit kering tu. Sooo.. Cikbulan beli la pulak Serum Nutox. Masa tu ada sale so harganya RM50 lebih gitula.. harga asal RM80 kot lupa. Lepas pakai Serum tu, Cikbulan nampak la perubahan dan merasainya. Mulanya bulan pertama pakai Serum tu 2 kali sehari.. bila masuk bulan ke-2, Cikbulan pakai waktu malam je Serum tu. Siang hari pakai Moisturizer dengan CC Cream je.  Kulit kering dah takde. Muka rasa lembab je. Alhamdulillah Huuhuu.. 

Lepas tu, tambah lagi koleksi Nutox (Cleansing Gel, CC Cream). So sekarang ni Cikbulan pakai Cleansing Gel - Serum - Moisturizer - CC Cream. InsyaAllah toner nya coming soon. Anyway, produk yang Cikbulan guna ni utk masalah DRY SKIN ya. Utk OILY SKIN kena guna produk Nutox yang lain ya. Of course tak lupa, Cikbulan jaga pemakanan seperti yang Cikbulan bagitau kat atas tu ya. Okeylah. Dah penat baca kan.. makanya Cikbulan meminta diri dulu. Bagi siapa nak cuba, silakan. Yang penting ketahui dulu masalah kulit kita, then barulah pilih produk okey. Hatta nantaqil. Adios... 

Assalamualaikum.. 😍😍











Sunday, January 21, 2018

Master Convocation


Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera ke atas kalian semua yang membaca blog ini. Tarikh 31 Oktober 2017 merupakan hari konokesyen kedua aku sebagai pelajar UKM. Ehhhh silap. Mantan pelajar UKM. haha.. Pada bulan Oktober 2014 (tak ingat berapa haribulan. haha) aku telah selamat menerima Ijazah Degree dan sekarang aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah Master pulak. Juga dalam bidang yang sama iaitu Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Cuma ada sedikit perbezaan pada hari konvokesyen aku kali ni. insan tercinta bergelar 'mak' sudah tiada di sisi untuk turut sama senyum gembira atas kejayaanku. Beliau telah pergi menghadap Allah Maha Pengasih pada hari Khamis 25 Mei 2017 sehari sebelum puasa. (puasa sabtu). Tiada lagi seorang manusia yang sentiasa memberikan aku semangat di kala aku 'down', memberikan nasihat di kala aku 'konfius', mengajarku masak, menegur kesalahanku dan sebagainya. Aku doakan arwah 'mak' tercinta ditempatkan dalam kalangan ahli syurga Allah, bebas daripada siksa kubur dan fitnahnya, dipakaikan pakaian yang indah bertatahkan intan permata dan bersatu dengan ahli keluarganya di syurga Allah Taala. Insyaallah..

Namun begitu, aku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah yang setia, yang sentiasa ada di sisi. Dialah peneman di hari konvokesyenku itu. Dan akulah peneman dia di hari-hari tuanya. Menemaninya makan, bersembang walaupun aku tak tau apa nak sembang, usaha jugak untuk cari modal nak sembang, teman dia makan even aku mata dah ngantok (ayah suka makan malam), teman dia tengok TV. Hanya itu saja yang aku boleh lakukan untuknya. Insyaallah akan ku jaga dia sebaik mungkin.

Jadi itulah cerita aku sewaktu hari bersejarah dalam hidup aku. Makanya.. sementara orang tua kita masih ada, moh ler kita jadikan mereka raja, usaha untuk bahagiakan mereka, bantu mereka semampu boleh. Insyaallah..

Saturday, October 11, 2014

Kasut dari Srayuonline

Assalamualaikum teman sekalian.. semoga kalian semua dirahmati Allah.. :)

CikBulan nak berkongsi pengalaman beli kasut online. First time ni puschase barang online. ><, CikBulan jumpa kasut yang comel momel kiut miut ni kat ig Srayuonline http://websta.me/n/srayuonline ha boleh klik link ni untuk tengok instagram dia ya. Barangnya comel-comel dan harga yang berpatutan. Sesuai untuk peminat tegar jiwa Korea.  Disini CikBulan nak sharelah gambor kasut yang CikBulan beli. ><, Comel tau! Mesti u olls pun nak. :P CikBulan baru order hari ni hujung bulan ni insyaallah sampailah. Tak sabar nak pakai!! :D


Cara pakai toner yang betul

Assalamualaikum teman sekalian.. ha hari ni CikBulan banyak masa terluang jadi CikBulan sekali lagi akan kongsikan cara-cara pemakaian toner muka yang betul. Toner muka penting tau! ><,
Citernya macam ni..

Lepas korang cuci muka korang yang kiut miut tu dgn mcm2 jenis jenama korang kenalah pakai toner untuk tutup pori yang dah cuci bersih drpd segala kotoran lepas kena cuci tadi. Haa.. kalau tak pakai toner and then terus pkai cream ke bedak ke tak ke kesian kat muka kita yg comel Allah bagi ni. Nape kesian?? Of coursela sebab cream ke bedak yg u olls tepek kat muke comel tu dah masuk ke pori.. nanti naik jerawat.. eee xmoooo..

So, lepas je cuci muka keringkan muka comel korang dgn tuala bersih and then sapukan toner. INGAT! setiap kali cuci muka tau. Haa.. cara nk pakai toner ni pulak leceh sikit. Takdelah leceh sgt. Cikbulan ni je over cket. :P
Tuangkan toner tu setitik dua titik tiga titik atas tisu muka yang gebus tu and then dab-dab je kat muka. JGN SAPU MACAM PAKAI PENCUCI MUKA. U olls cuma perlu tepuk2 dgn lembut di muka sampaila tisu muka tu kering. Xdelah kering mcm baru beli tp biarlah kering air toner tu kat tisu tu. Kalau sape yg pencinta cream ke bedak ke blehla pakai lepas toner tu dah kering ya. Kejap je tggu toner tu kering. Ok faham kan.. jom kita try buat ok..

Tips : Kalau teman2 nak tau mcm mana toner tu bagi kesan yg baik kat muka u olls yg comel tu pastikan selepas beberapa hari u olls pakai toner muka u olls jadi lembut bila pakai bedak pun nmpak smooth je xperlu cream dah. Kalau u olls pakai toner pastu rasa pedih itu maksudnya toner tu medicated which means ianya untuk tujuan berubat atau ada ubat atau sama waktu dgnnya. CikBulan pun bukan tahu pasal Sains ni tp akak Promoter tu yg citer. :P So u olls xboleh pakai setiap hari kalau guna yg mcm tu. Hari tu Cikbulan beli Oxy pastu guna dia punya toner rasa pedih! :(. So Cikbulan pun tukar ke Eversoft.Skinz.TM. hai... duit lg. :(  Tapi takpelah dah tak sesuai nak buat mcm mana kan. Skrg Cikbulan guna je Eversoft. Best! :)

Selamat Mencuba ya girlz :D ( ,")(", )

Seminar PNP Bahasa Arab UKM.UNISZA

Assalamualaikum teman-teman semua. Apa khabar? Harapnya semua ceria gembira meskipun seribu badai melanda.. well senyum dalam susah itu nikmat bukan?? :) Disini saya kali ini ingin berkongsi pengalaman menganjurkan sebuah seminar yang diberi nama Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014 yang diadakan di UNISZA Kampus Gong Badak. Masyaallah sungguh banyak ilmu baru yang saya dapat kumpulkan dan cuba praktikkan dalam pembelajaran saya. Terlalu banyak kalau nak tulis ni mau nya beratus-ratus helai jadinya post saya ini. So kalau ingin dapatkan input-input menarik mengenai seminar itu dan kalau teman-teman semua ingin melihat hasil kertas kerja yang dibentangkan silalah muatturun di laman webnya ya. :D
http://seminarpnparab2014.wordpress.com/

Friday, May 16, 2014

convocation UKM 2013

setelah 3 tahun bertungkus lumus di bumi UKM akhirnya aku telah berjaya menamatkan pengajianku.. dan sekarang aku menyambung pengajian di peringkat sarjana pula!! ><,... pada mulanya excited tp lama-lama terasa kepayahannya berbanding dengan masa degree dulu.. dan memori tentang kalian semua kembali semula.. :(

Thursday, November 28, 2013

HELLO WORLD!!

assalamualaikum kawan-kawan semua.. sudah lama blog ini menyepi.. kesibukan tugasan harian menghalangku daripada meluangkan masa untuk mencoret story di sini.. alhamdulillah sekarang aku telah bergelar 'siswazah' dan akan menghabiskan pelajaranku pada tahun hadapan. macam-macam perkara aku belajar sepanjang pengajian siswazahku di UKM bermula kerana ianya menuntut aku berdikari tanpa mengharapkan bantuan org lain apatah lagi insan yang dulu bersamaku sewaktu 'degree' sekarang masing2 mengikut haluan hidup. 

 kadang-kadang terasa diri ini sangat lemah dan ingin saja aku pulang ke rumah namun mengenangkan usaha penat lelah ibu bapa dan keluargaku yg jauh lagi letih dan penat daripadaku dlm mencari rezki membuatkan aku menelan semuanya dengan senyuman. sekarang, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. ^^, semoga kalian juga berjaya dalam hidup masing dan doakan aku juga berjaya.. love u olz.. :)